top of page

Sembang Seram 1 : Aku Atau Bayang?

Tingkatan 3

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Sebagai cerita seram pertama dalam section "SEMBANG SERAM" ni, KS nak berkongsi cerita sikit pasal pengalaman KS masa di tingkatan 3 dulu. KS bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama sekitar Perak. Dari zaman sekolah sebenarnya KS bukan jenis yang ramai kawan sangat, tapi ada lah seorang dua kawan baik. Macam yang semua tahu, kehidupan di asrama ni sangat full dengan jadual yang sudah pun ditetapkan.

5.30am

7.00am

1.30pm

3.00pm

5.00pm

5.30pm

7.00pm

8.00pm

10.00pm

11.00pm

Subuh

Breakfast

Lunch

Prep 1

Hi-Tea

Riadah

Maghrib

Dinner

Supper

Tidur


Sekolah

Zohor

Asar

Prep 2

Lights-Out

Ini lah jadual KS setiap hari. Diulang-ulang sampai Pak Jamil m****s. Tapi jadual ni juga lah yang mendisiplinkan KS sampai ke hari ini, Alhamdulillah.


Maghrib

KS ni jenis suka mandi dan bersiap awal-awal, malas nak berebut dengan ramainya wanita-wanita muslimah di Aspuri (Asrama Puteri) tu. Macam hari-hari yang biasa, suatu hari tu KS dah selesai mandi dan bersiap, dengan telekung dan Yassin kat tangan tu KS turun ke surau untuk ambil wudhuk. Disebabkan waktu maghrib kami perlu berjemaah dengan Aspura (Asrama Putera), KS pun duduk di sebuah meja batu bawah pokok tua rendang betul-betul depan surau untuk tunggu dua orang lagi kawan KS ni bersiap.


Kerusi batu bawah pokok
Gambar sekadar hiasan

10 minit KS tunggu, masih tak muncul-muncul. Jadi KS pun selak lah helaian Yassin yang ada ditangan. Sambil KS baca zikir-zikir yang ada di halaman belakang Yassin. Lazim kita ni bila berzikir badan ikut mengangguk. Asyik berzikir tu, KS pandang ke kanan dan nampak bayang KS turut mengangguk. KS sambung semula zikir, dan kali kedua KS pandang ke kanan, alangkah terperanjatnya apabila KS lihat bayang KS masih mengangguk sedangkan KS sudah berhenti. Ya Allah, debar dalam hati jangan dikenang namun mata KS tak boleh beralih dari bayang yang masih mengangguk tanpa henti tu. "Woi, jom!" Sampai lah KS tersentak bila kawan KS panggil dari tangga. KS terus bangun dan tak toleh langsung ke belakang lagi. maghrib KS malam tu serba tak kena. KOSONG. Usai solat, KS mula rasa tak sedap badan. Peluh sejuk penuh di dahi. KS mula baca Bismillah 5.


Histeria

Imam baru tadah tangan nak baca doa, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan jeritan panjang yang sangat kuat dari DM (Dewan Makan) yang terletak berhadapan dengan surau. Masing-masing pandang satu sama lain. Imam tak berhenti berdoa, makin kuat bacaannya. Aminnnnn... "Ustadz, tolong! Ada pelajar Aspuri histeria kat DM!" jerit seorang pelajar Aspuri dari pintu DM. Tak sempat berselawat dan salam, hampir semua pelajar berpusu ke DM. Masing-masing tak berani nak dekat. KS hanya berdiri depan pintu surau dengan beberapa pelajar Aspuri yang lain. Kami terlalu takut nak dekat. Mulut KS terkumat kamit dengan Bismillah 5. Ayah dan Mak KS selalu pesan, jangan lekang Bismillah 5 ni. Pendinding kuat dan benteng diri.


Bermula dari peristiwa itu, asrama kami hampir setiap hari berlaku histeria yang melibatkan pelajar Aspuri dan Aspura. Tak tipu, kejadian-kejadian tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi fokus dan semangat kami. Ramai pelajar yang pindah selepas PMR termasuk KS. Kata orang, lebih baik mengelak dari mengubati. Dan sehingga ke hari ini, KS masih tak dapat buang kejadian bayang tu dari kepala. Allah nak bagi rezeki dapat lihat mereka, dan juga sebagai peringatan untuk KS sendiri. Wallahu'alam...


Bismillah 5

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahir Rahmanir Rahiim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

بسم الله الشافي

Bismillahish Shaafii

Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

بسم الله الكافي

Bismillahil Kaafii

Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

بسم الله المعافي

Bismillahil Mu’aafii

Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Comments


Hi, thanks for stopping by!

I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Let the posts
come to you.

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Pinterest
bottom of page